Tuesday 16 October 2012

Logo Baru I Sinar Studio

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update info-info di blog ni, mungkin lebih mudah update semua di Facebook, almaklumlah sekarang semuanya berkenaan FB, makan FB, tido FB, huhuhu.. Dikesempatan ini kami ingin update beberapa info terkini berkenaan i Sinar Studio, kami telah melancarkan Logo baru i Sinar Studio seperti diatas, logo ini telah dilancarkan sempena hari ulangtahun kelahiran founder i Sinar Studio pada 25 Julai yang lalu. kami juga telah menubuhkan page rasmi i Sinar di FB untuk memudahkan perhubungan di alam maya. boleh klik LIKE https://www.facebook.com/ISinarStudioPhotography 

Kini i Sinar Studio tampil lebih yakin dengan pelaburan yang telah dibuat oleh syarikat. dengan pembelian beberapa peralatan terkini, kamera, set flash, backdrop dan bermacam lagi, semuanya adalah untuk membawa i Sinar Studio setapak lebih kehadapan, Jesteru itu, kami berharap anda diluar sana terus menyokong bisnes kami tanpa ada ragu-ragu. =)

Untuk pengetahuan anda semua, kami akan merombak keseluruhan senarai pakej kami sebelum memasuki 2013, jadi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat dari kami, boleh membuat tempahan sebelum kalendar 2012 melabuhkan tirainya, senarai pakej lihat sini http://isinarstudio.blogspot.com/p/pakej-i-sinar-studio.html segala majlis yang ditempah pada tahun ini masih akan dicas harga sama walaupun majlis anda berlangsung 2013, jadi jangan berlengah lagi, tempah sekarang, untuk tempahan boleh terus ke http://isinarstudio.blogspot.com/p/online-shop_01.html

Oklah.. cukup buat masa ini, =)
terima kasih kerana sudi singgah di blog kami..
Assalamualaikum.

Admin
UKasyah Zainal
Founder i Sinar Studio

No comments:

Post a Comment