Latar Belakang

i Sinar Studio (002011158-T) telah didaftarkan perniagaan pada 21hb Januari 2011. Sekitar tahun 2008-2010 ia lebih dikenali dengan Shah Fotostyle dan bergerak aktif di negeri Johor dan Pahang, dengan matlamat kami iaitu memberi perkhidmatan terbaik pada harga yang paling minimum, ia berjaya menarik pelanggan yang kebanyakannya datang dari golongan berpendapatan sederhana.

Kini dengan penjenamaan semula syarikat kepada i Sinar Studio dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM, kami berharap dapat meneruskan agenda dan matlamat kami untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua golongan masyarakat.

Kini i Sinar Studio bergerak aktif di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, namun jika ada pelanggan yang berminat dengan perkhidmatan kami tetapi berada di luar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, sila hubungi kami kerana cas pengangkutan yang kami kenakan amatlah berpatutan.


Shah Fotostyle
2008-2010


i Sinar Studio (002011158-T)
2011-2012

i Sinar Studio
2012-kini

No comments:

Post a Comment