Wednesday 27 April 2011

Pengantin Termahal

Foto
GAMBAR atas, Pengantin termahal Seemanto dan Sushanta Roy bernilai RM386 juta pada tahun 2004. Gambar bawah, Pasangan Sheikh Mohammed Rashid dan Sheika Hind bernilai RM300 juta pada 1981.


Hadiah siling emas, 10,000 tetamu termasuk pengemis pelengkap majlis kahwin RM386 juta 

TANYALAH siapa saja mengenai impian perkahwinan, pasti jawapan yang diberi hampir sama. Semua impikan perkahwinan serba sempurna, mewah dan meriah. Tidak kurang yang mahu menobatkan majlis perkahwinan masing-masing sebagai 'Wedding of the Year.'

Malah, demam perkahwinan ‘Wedding of The Year’ itu kian terasa berikutan semakin hampirnya detik perkahwinan kerabat diraja Britain yang tidak kurang popularnya - Putera William dengan pasangannya, Kate Middleton, Jumaat depan.
Ketika pasangan diraja itu dilaporkan lebih mengamalkan sikap berjimat, tetapi sudah ada laporan menyatakan anggaran kos keseluruhan perkahwinan itu hampir RM160 juta biarpun jumlah sebenarnya tidak dapat dipastikan.

Namun, timbul pertanyaan, perkahwinan siapakah yang selayaknya dinobatkan paling hebat atau mahal di dunia setakat ini? Sempena ‘mood’ perkahwinan diraja yang diikuti rapat ramai, apa kata kita selami kehebatan perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia, setakat ini.

Pasti ramai yang terkejut kerana status hebat itu dimiliki bukan seorang kerabat diraja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga.

Ringkasnya, ‘mahkota’ gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy - anak ahli perniagaan terkenal India, Subrata Roy yang mana perkahwinan bertarikh 14 Februari 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal dunia dengan kos sebanyak RM386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang!
Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara.

Pada majlis yang diadakan di Lucknow, India itu, sebanyak 110 jenis makanan termasuk India, Mexico, Itali, Mongolia, Lubnan dan Amerika dihidangkan. Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis yang dirujuk sebagai Perkahwinan Abad Ini ialah bintang Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai.

Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.

Di tangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheika Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai Rm300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guinness Book of World Records dan paling mahal pada 1981. Ini meletakkannya mengatasi satu lagi perkahwinan pasangan popular - Putera Charles dan Puteri Diana ketika itu.

Hebat atau tidak, perkahwinan Sheikh Mohammed Rashid itu bukannya di hotel atau villa mewah sebaliknya stadium yang dibina khas oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam! Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempena perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.

Pada majlis itu, semua putera diraja Arab, barisan sheikh dan VIP lainnya dibawa ke lokasi dengan menaiki 34 jet peribadi. Elemen kebajikan tidak diketepikan apabila Sheikh Mohammed turut menunggang kuda ke setiap kampung memberi makan kepada semua penduduk sempena majlis perkahwinannya itu.

Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 juta dengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Malah, harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.

Satu lagi perkahwinan perkahwinan paling mahal dipegang seorang lagi hartawan India yang bermastautin di London - Lakshmi Mittal yang juga hartawan besi dan menduduki tempat kelapan orang terkaya dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006.

Acara selama enam hari itu diadakan di Versailles dengan persembahan oleh Datuk Shah Rukh Khan dan Kylie Minogue. Kemewahan majlis berkenaan dapat dilihat sejak awal dengan kad undangan saja setebal 20 muka surat dan diletakkan di dalam kotak perak.

Penginapan mewah disediakan untuk 1,000 tetamu yang majoritinya ialah ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.

Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei Melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005.

Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.

Perkahwinan tahun ini yang disenaraikan mahal, berlangsung bulan lalu membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun itu - Kanwar Singh Tanwar.

Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi menyamai binaan Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang kira-kira RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit siling perak sempena majlis itu.

Hakikatnya, mungkin pelik bagi kita melihat bagaimana masih ramai yang sanggup berhabisan wang bagi perkahwinan yang berdasarkan kelaziman ketika ini, sukar bertahan. Namun, itulah keadaannya apabila ada yang mengutamakan pepatah ‘tepuk dada, tanya selera’ dan sanggup berlumba-lumba demi mencatat sejarah antara perkahwinan terhebat dunia.

Foto
GAMBAR kiri, Hartawan Russia, Andrei dan isterinya. Gambar kanan, Putera Charles dan bekas isterinya, mendiang Puteri Diana.

Sumber : Berita Harian

Tuesday 26 April 2011

Terformat Memori Card, Pendrive? Jangan Risau...

Yea... Jangan risau jika anda tersalah tekan button delete atau format. Habis semua gambar hilang, data penting dalam pendrive, dalam Harddisk, semuanya boleh dicari semula dengan menggunakan Easy Recovery Professional*. Apa sahaja yang anda telah delete boleh dicari semula dengan menggunakan software yang sangat-sangat menarik ini. Dapatkan software ini secara percuma hanya di i Sinar Studio.


Nama Software : Easy Recovery Professional
Saiz : 27.1MB

*mungkin tidak 100% file yang hilang boleh dicari semula.

Sunday 24 April 2011

Free Picture Resize Starter


Assalamualaikum.
i sinar nak berkongsi satu software yang sangat-sangat berguna untuk anda. Free Picture Resize, korang boleh guna software ini untuk convert format gambar atau kecilkan saiz gambar, sangat berguna untuk pengguna camera DSLR dan Facebook tegar, altenatif selain menggunakan Photoshop. Yang paling best ia boleh kecilkan gambar dalam kuantiti yang banyak serentak, jadi tak payah la nk kecilkan satu-satu kat Photoshop. lepasnie tak payah la upload gambar ke facebook dengan saiz gambar mencecah 4MB.. hehe 

*Gunakan untuk kebaikkan sahaja
Nama Software : Free Picture Resize Starter
Saiz : 4.78MB
Link Download

Friday 22 April 2011

Panorama at PWTC

Klik untuk paparan lebih besar

Klik untuk paparan lebih besar

Klik untuk paparan lebih besar

Orang kata sambil menyelam minum air.. hehe..
pergi ke bangunan UMNO, sebelah PWTC,
jumpa client jap bincang pasal projek,
da selesai semua sempat shoot beberapa keping gambar panorama..
Jadi inilah hasilnya.. 

Vector Kerawang

Hai.. hari ini i sinar ingin berkongsi sesuatu yang amat berguna buat para jurugambar perkahwinan di luar sana, iaitu vector kerawang, amat sesuai untuk digunakan dalam penghasilan custom album pengantin, juga boleh digunakan untuk perkara-perkara lain. yang penting ianya PERCUMA!!.
Gunakan untuk kebaikan sahaja.. 

file format : Ai
saiz: 1.37mb
link Download:

Thursday 21 April 2011

Sedikit bual bicaraku dipetang hari..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan i Sinar Studio kembali melangkah ke dalam dunia fotografi, sedikit demi sedikit ia berkembang, kalau dulu masa tahun 2008 bergerak di bawah Shah Foto Style, aktif disekitar Endau, Mersing dan Rompin, banyak juga kenal dengan juru andam sekitar Endau dan Rompin, antaranya Kak Zai, Kak G (Rompin), Kak Liza, Kak Ayu (Rompin), Kak Sahida (T. Gemuk) Kak Sal dan banyak lagi la. Banyak job-job foto kahwin adalah daripada diaorg, sampai x menang tangan dibuatnya. Sekarang entah ape cerita diaorg semua...
Setelah hampir setahun menyepi dalam dunia foto nie, dari tahun 2009-2010, 2011 telah membuka tirai dengan semangat yang baru, azam yang baru dan impian yang baru, i Sinar Studio telah menggantikan Shah Foto Style dan bergerak aktif di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, hanya nama yang bertukar, orangnya tetap sama.. hehehe..
Jadi harapanku, semoga apa yang aku impikan ini akan menjadi kenyataan, dengan sedikit pengorbanan dan pengetahuan diharap ia mampu merubah hidup aku.. Insyaallah..

Wednesday 20 April 2011

Tutorial Adobe Illustrator (Live Trace)

Live Trace 1

Live Trace 2

Video menunjukkan serba sedikit cara2 menggunakan Live Trace Adobe Illustrator.
Selamat Mencuba.. =)

Tutorial Adobe Illustrator (Trace logo)

Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan dalam penggunaan Adobe Illustrator untuk trace logo, disertakan video tutorial diharap dapat membantu anda semua dalam penggunaan adobe illustrator. selamat mencuba.. =)

Thursday 14 April 2011

Sepintas lalu penghasilan Japanese Garden V2

Gambar Asal

Gambar yang telah diedit


Video sepintas lalu penghasilan Projek ini =)

Tutorial (Crop gambar cara pantas dan kemas)

Ini adalah salah satu teknik untuk memotong gambar dengan cara pantas menggunakan Photoshop.
Tetapi ia bukanlah satu-satunya cara paling pantas, ada bermacam-macam kaedah lagi dan mungkin ianya lebih pantas dari cara ini.. Selamat mempelajari teknik ini..

Tuesday 12 April 2011

Teknik Photoshop (Basic)

Teknik pengolahan gambar menggunakan Photoshop CS5
Antara efek dan tool yang digunakan:-
Brush tool (Airbrush dual brush soft round 45)
HDR toning (more saturated)
Black & White (tint)
terdapat lebih kurang 50 layer (salji)

Gambar asal

Final edit

Thursday 7 April 2011

Jalan-Jalan Jom..










Bali, Indonesia

Uluwatu, Bali Indonesia

10 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Kepada Jurugambar Atau Juruvideo Anda

Soalan 1
Berapa lamakah pengalaman anda dalam bidang fotografi perkahwinan?
Pengalaman adalah faktor penting bagi mengukur tahap kemahiran seseorang jurugambar. Jurugambar yang kurang berpengalaman biasanya mengenakan harga yang lebih rendah.



Soalan 2
Adakah anda merakam gambar perkahwinan secara sambilan atau sepenuh masa?
Soalan ini adalah bagi menganggar tahap komitmen seseorang jurugambar. Biasanya, jurugambar yang melakukan tugas merakam gambar perkahwinan secara sepenuh masa akan memberikan komitmen yang tinggi memandangkan ini adalah satu-satunya punca pendapatan mereka. Namun, keadaan sebaliknya mungkin juga berlaku.



Soalan 3
Adakah anda menggunakan peralatan digital atau analog?
Teknologi terkini memperlihatkan penggunaan peralatan fotografi dan video digital. Tetapi, penggunaan sistem analog juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Terpulang kepada citarasa anda.



Soalan 4
Bolehkah saya lihat contoh hasil kerja anda?
Ini adalah antara soalan yang paling penting untuk memilih jurugambar atau juruvideo. Dengan melihat contoh gambar beliau, anda mendapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang akan anda perolehi. Cuma, pastikan gambar yang ditunjukkan adalah hasil kerja beliau yang tulen.



Soalan 5
Apakah gaya fotografi atau videografi anda?
Setiap karya jurugambar atau juruvideo mempunyai gaya mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan pasangan pengantin yang mempunyai citarasa yang berbeza terhadap gambar. Pilih jurugambar yang boleh merakam gambar mengikut citarasa anda.



Soalan 6
Berapakah harga yang anda kenakan untuk perkhidmatan anda?
Harga yang dikenakan perlulah sesuai dengan bajet anda. Nilai samada harga yang dikenakan berbaloi dengan perkhidmatan yang akan anda perolehi. Sekiranya perlu, runding harga dengan jurugambar anda.



Soalan 7
Adakah apa-apa syarat lain atau bayaran tambahan yang akan dikenakan?
Tanya soalan ini untuk mengelakkan salah faham dan ketidakpuasan hati di kemudian hari. Ini kerana setiap orang jurugambar mempunyai syarat kerja dan syarat harga yang tersendiri.



Soalan 8
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan gambar?
Nyatakan kepada jurugambar sekiranya anda amat memerlukan gambar anda disiapkan segera. Ini bagi membolehkan jurugambar anda merancang masa beliau sendiri. Sekiranya tidak perlu, beri masa yang mencukupi kepada jurugambar anda untuk menyiapkan gambar anda tanpa perlu tergesa-gesa.



Soalan 9
Dalam bentuk apakah gambar siap akan diberi?
Gambar foto biasanya dicetak ke saiz 4R dan gambar video akan diberi dalam format VCD atau DVD. Maklumkan kepada jurugambar atau juruvideo anda sekiranya anda memerlukan bentuk lain.



Soalan 10
Adakah negatif atau imej asal akan diberi?
Imej asal foto biasanya adalah dalam bentuk negatif bagi kamera analog dan fail jpeg bagi kamera digital. Manakala imej asal video adalah dalam bentuk pita video. Imej asal ini penting sekiranya anda ingin mencetak atau menyunting kembali gambar perkahwinan anda di kemudian hari. Ada jurugambar yang memberi imej asal secara percuma dan ada yang akan mengenakan bayaran.



Sumber dari:
Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif

Wednesday 6 April 2011

Basic Tutorial Adobe Photoshop, Illustrator

Assalamualaikum.
Nak bagi taw jer, tak lama lagi Insyaallah i Sinar Studio akan menyediakan beberapa tutorial berkaitan Photoshop dan illustrator dalam bentuk video secara percuma kepada para pengguna di luar sana. sama-sama kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam dunia Grafik dan Fotografi.. Tk.